10 tanda hati yang rusak
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian
alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga
serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari
kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT akan mempersoal hati manusia
ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan
semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang
bermaksud : "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,
semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
"
(Surah al-Israa ayat 36)
Ini kerana hati
manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala
tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu
peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.
Nabi SAW menganggap
hati manusia sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka
baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka
jahatlah seluruh anggotanya.
Nabi SAW bersabda
maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging
itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu
rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang
dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Paling penting,
setiap muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka
daripada terkena penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka
dengan Allah SWT pada hari kiamat nanti.
Ini kerana
sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang menjadi pangkal hidupnya iman,
akhlak Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT telah mengingatkan kita
sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat
dengan hati yang sejahtera.
Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna.
Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera).
" (Surah as-Suy'araa ayat 88-89)
Hati yang bersih itu adalah hati yang
sejahtera dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau
tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.
Setelah kita mengenal hati yang bersih dan sejatera, maka apakah pula
ciri-ciri hati yang rusak?.
‘’Terdapat 10 perkara
tanda-tanda hati yang rosak. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut
:
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada
larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan
kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk
agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan
keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada
Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Uraiannya :
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
‘’Daripada Ibnu Masu’d radiallahu
anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti
orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang
gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang
dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang
berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan
sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)’’
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
‘’Orang yang telah rosak hatinya
tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT, sedangkan Rasulullah SAW sentiasa
bertaubat 100 kali sehari.’’
‘’Nabi SAW bersabda yang bermaksud
: "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat
kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Hadis Riwayat Muslim)..’’
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
‘’Hati yang telah rosak adalah hati
yang merasa seronok dengan maksiat dan dosa seperti orang-orang kafir.
Sedangkan dunai ini syurga untuk orang kafir dan penjara untuk orang Islam...’’
‘’Nabi SAW bersabda maksudnya :
" Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang
kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu
Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)..’’
Orang-orang kafir berseronok melakukan
maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka
berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki
wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan
hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah syurga untuk mereka. Sekiranya
umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti
syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah
SWT.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada
larangan-Nya.
‘’Orang mukmin sentiasa mematuhi
segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya . Sedangkan orang fasik,
munafik dan kafir tiadak akan memperdulikan perintah Allah SWT dan sentiasa
melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan maksiat.’’
‘’Firman Allah SWT maksudnya :
"Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas,
yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan." (Surah
Asy-Syuaara ayat 151-152)..’’
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
‘’Firman Allah SWT maksudnya ;
"Mereka (orang munafik) menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai,
lalu mereka menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa
buruknya apa yang telah mereka kerjakan."
‘’Sifat orang munafik suka
menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan menarik
balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati golongan
ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakkan hati-hati mereka, nanti di akhirat
mereka akan dihumbankan kedalam neraka.’’
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
‘’Sesiapa yang membenci orang soleh
sebenarnya dia menjauhkan dirinya kepada rahmat Allah SWT dan
mendatangkan kemurkaan Allah SWT.’’
‘’Nabi SAW juga mengajarkan kepada
kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering
menasehati kita.’’
مَثَلُ
الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ،
وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ
، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ
أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
“Seseorang yang duduk (berteman) dengan
orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak
wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau
boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman
dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus
terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat
Bukhari dari Abu Musa.)..’’
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
‘’Suka bertengkar pada perkara yang
tidak bermanfaat akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim.
Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan
kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.’’
‘’Sabda Nabi SAW yang bermaksud ;
"Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat
menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah
dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya.
Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka
bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong
(mustakbir) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)’’
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan
keseronokannya.
‘’Sabda Rasulullah SAW.
maksudnya : “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api
neraka”. (Hadis Riwayat at-Tabrani)..’’
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman ,
bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika
kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan
sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan
jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu
tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
Berdasarkan pemerhatian, punca-punca
menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap
mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta
terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang yang suka mengambil riba pula
sebenarnya melanggar hukum Allah SWT yang jelas mengharamkan riba seksaannya
cukup berat dihari akhirat nanti.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada
Allah.
‘’Orang yang telah rosak hatinya
dia takut kepada manusia, jin dan syaitan lebih daripada Allah SWT. Orang
mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak
boleh mendatangkan mudarat kepada kita melainkan dengan izin Allah SWT.’’
‘’Firman Allah SWT maksudnya :
"Jika Allah menyentuhkan kemudharatan bagi mu, tidak ada yang boleh
menghilangkannya selain Allah, Jika Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka
tidak ada yang boleh menolaknya, Allah memberikan kepada siapa saja diantara
hamba yang Dia kehendaki, Dialah Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
..." (Surah Yunus ayat 107)’’
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
‘’Sifat orang fasik dan hatinya
telah rosak adalah benci pada makruf dan suka kepada kemungkaran. Sedangkan
Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: “Kamu
adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT.
Jagalah hati-hati kita supaya sentiasa sihat, sejahtera dan menjaganya supaya
tidak rosak binasa. Jauhilah 10 perkara yang menyebabkan hati kita akan rosak .
Jika dah rosak makan masa hendak dipulihkan, maka dari itu teruskan kita
mendekati orang soleh, banyakkan berdakwah dan bekerja untuk Islam supaya hati
kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar