62
KATA-KATA HIKMAH
RENUNGAN BERSAMA
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang
belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, niscaya kita akan selamat dari tersesat di lautan
hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur karena kejujuran
itu sangat penting dalam sebuah kehidupan . Tanpa kejujuran hidup senantiasa
menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan ria.
9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih
keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak
seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia
yang tingginya enam kaki.
12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia
yang selalu mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu
yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
kebahagiaan.
16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya
disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya
ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada
Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran.
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak
pernah tua untuk bertaubat.
22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di
langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap
mata terbuka belum bererti ia melihat.
24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan
dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api.
25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang
kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita
memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau
secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti
yang diimaginasi.
30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi
pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu
untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka
siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya
dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama
kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan
perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam
hidup”
35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap
Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding
Dunia.
36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah
dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji.”
37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk
menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya
mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan : Kesetiaan
Kepada musuh : Kemaafan
Kepada ketua : Khidmat
Kepada yang muda : Contoh terbaik
Kepada yang tua : Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan : Cinta dan ketaatan
Kepada manusia : Kebebasan
Kepada kawan : Kesetiaan
Kepada musuh : Kemaafan
Kepada ketua : Khidmat
Kepada yang muda : Contoh terbaik
Kepada yang tua : Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan : Cinta dan ketaatan
Kepada manusia : Kebebasan
42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri
atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah
hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja
yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu
masa yang ditinggalkan”.
46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari”
47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”
48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak ber teman..”
49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia
akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri”
51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita
miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”
54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya
daripada apa yang kita berikan padanya.”
55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan
menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang
tertinggi.”
56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”
57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan
yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali
semula ke pada Ilahi.”
58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk
menyambut kesempatan yang menjelma..”
59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi
ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan
bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin
sentiasa melakukan yang terbaik.”
62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang
terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar